Hello Semua,
Apa khabar? Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.
Kembali ke tajuk di atas. AirAsia menawarkan elaun bagasi 20kg, seat dan makanan percuma ke Semenanjung Malaysia? Salah baca kah ? Tidak. Ia percuma untuk penerbangan ke Subang Airport Sahaja.
Beberapa hari lalu saya mau beli tiket untuk balik ke Selangor. Baru saya perasan ada notis ini di paparan di atas semasa cari Tiket.
Gambar di atas menunjukkan harga sekali penerbangan (Kota Kinabalu- Subang) yang termasuk percuma elaun bagasi 20kg , makanan, tempat duduk.
Apa lagi saya pun terus grab lah, lagi pula rumah dekat dengan airport Subang berbanding KLIA2. Sejak bila ada ni offer ar ? Saya baru perasan sekarang. Bah kamu yang mau balik Selangor/KL jangan terlepas peluang ini.
Gunakan kesempatan emas untuk bawa balik semua kita punya stok Mee Kuning , Kicap Ayam Sabah, Amplang, Kuih Cincin, Bilis, udang kering, ikan masin dan banyak lagi...
Bah pigi shopping dulu sudah dapat 20Kg free haha
Semoga jumpa lagi..bye
#losunbambangan
Comments
Post a Comment